Perceraian yang sempurna

screenshot_2016-09-28-06-43-50-1

Assalamualaikum dunia

Pagi-pagi ini rasa terdorong untuk menulis sikit…dah lama rasanya tidak bercerita di sini…terlalu sibuk dengan urusan duniawi barangkali…apapun dorongan penulisan kali ini adalah susulan daripada beberapa video yang sempat Mya tengok baharu-baharu ini tentang perebutan anak-anak antara ibu dan bapa yang bercerai.

Sedih sangat Mya saat anak-anak jadi mangsa akibat perceraian. Mya bersyukur sangat kerana perceraian Mya berjalan dengan terurus jika nak dibandingkan dengan kebanyakan yang lain. Sebagai manusia, kita tidak lari dari membuat silap. Terpesong tutur, terlebih tingkah & perbuatan…tapi kita sebagai manusia dan hamba hendaklah tidak terusan berada dalam jalan yang salah. Dan beringatlah semua, bahawa Syaitan itu kerjanya untuk menyesatkan manusia apatah lagi merosakkan rumah tangga seorang suami dan isterinya, itukan janji Iblis dan Syaitan kepada Allahswt. Maka beringatlah kita sebagai hamba untuk sentiasa dekat kepada Allahswt di setiap masa.

Bagaimana nak mencapai perceraian yang sempurna? Ada ke perceraian yang sempurna? Perceraian tu kan benda buruk dan perkara yang paling dibenci oleh Allahswt. Tapi kena ingat bahawa perceraian itu adalah halal. Datangnya juga dari Allahswt sebagai ujian dan panduan buat hambaNya yang alpa.

Di sini Mya akan kongsikan beberapa tips atau panduan yang Mya jadikan saat menghadapi dan melalui proses perceraian dari dulu hingga kini (yang mana baik boleh diikuti) :

1) dapatkan konsultasi oleh keluarga terdekat dari kedua2 belah pihak (jika kedua belah pihak ada wakil yang adil-maksud adil disini yang tidak akan mempengaruhi keputusan sang suami dan isteri yang ingin bercerai) yang pasti keputusan masih di tangan sang suami dan isteri ; kalau dgn pejabat agama kita akan ada proses suluq ;

2) proses perceraian yang terbaik, dari pandangan Mya adalah melalui persetujuan bersama antara kedua belah pihak; saat dah tak ada jalan perdamaian atau kesatuan antara kedua hati maka berpisahlah secara bersama; dalam hal ini sama2 kena redha dan berlapang dada dengan setiap keputusan yang dipersetujui…insyaAllah segalanya akan dipermudahkan.

3) seandainya mempunyai anak2, libatkan lah anak2 dalam proses membuat keputusan perpisahan itu kerana mereka juga adalah sebahagian daripada hasil keputusan kalian juga…kena ingat bila dah bercerai banyak perkara yang perlu diberi pertimbangan yang memerlukan toleransi kesemua pihak (antaranya hak penjagaan , nafkah anak dan isteri (dalam tempoh iddah) , harta sepencarian dsbnya) yang paling penting selalu beringat…kita nak anak2 kita membesar dalam keadaan yang sebaiknya…bila dah setuju dan faham secara bersama takkan timbul kebencian antara satu sama lain saat dah berpisah nanti….kena selalu beringat … ANAK-ANAK ITU ANUGERAH BUKAN HAKMILIK

4) proses penjagaan anak, sebaik2nya adalah hak penjagaan secara bersama, Mya sendiri tak menuntut hak penjagaan sebab Mya berpegang pada prinsip ANAK ITU ANUGERAH …kami bersetuju menjaga anak secara bersama dan ada toleransi…ada waktu dengan Mya ada waktu dengan bekas suami…kita jangan terlalu rigid dgn waktu bersama antara anak2 dgn ibu dan ayah mereka…kebiasaannya bila kita terlalu rigid adalah berpunca kita masih ada rasa dendam atau benci terhadap bekas pasangan kita…kena ingat AMARAH itu datangnya dari SYAITAN..beringat dan istighfar selalu

5) nafkah anak pula, buat sang ibu yang menjaga …agak2lah kalau nak tetapkan nafkah anak2 …tengok kemampuan bekas suami anda…kalau gaji dia dah memang sikit…janganlah diminta luar dari kemampuannya….ini ada pulaklah yang mintak mcm artis mintak …agak2lah yang…pengalaman Mya…Mya sendiri hanya letakkan satu nilai asas yang sgt rendah RM100 sebulan seorang anak…masa tu ada yang cakap …”bodohnya hang kenapa rendah sgt ko mintak nafkah anak2″…tapi percayalah KEBODOHAN inilah yang memastikan anak2 dan hubungan antara kedua2 belah pihak berjalan dengan baik sehingga kini sebab NILAI sebuah perhubungan dan kekeluargaan itu lebih TINGGI dari nafkah yang kita tetapkan ..so far Alhamdulillah walaupun nafkah rendah ..bekas suami sentiasa berikan lebih dari cukup…inilah kebersamaan yang ada walaupun ikatan telah terputus…hal2 duit ni seriously janganlah berkira sangat baik si isteri mahupun suami

Itulah 5 tips utama saat kalian berhasrat untuk berpisah untuk mencapai perceraian yang sempurna…maka redha dan ikhlas itu akan datang dengan sendirinya…saat kamu bisa tersenyum di hati dan wajahmu…itulah kemuncak ketenangan jiwa

Allahualam

#monologmya

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: