Janda

Apakah Janda? atau Siapakah Janda?

Meh sebelum tu… kita tengak dulu definisi Janda dalam kamus dewan edisi keempat

1) Janda – perempuan yang telah berkahwin tetapi kehilangan suami sama ada telah bercerai atau kematian suami

2) Janda muda – janda yang masih muda (berapa muda tak dijelaskan)

3) Janda berhias – janda yg belum beranak (dibenarkan berpakaian pengantin apabila berkahwin lagi);

4) Janda sekali kirai – janda pertama kali;

5) Janda merana – sejenis pokok hiasan yang daunnya halus dan dahannya melentur;

6) Janda kaya – sejenis nama pokok renek;

7) Janda kepulangan – sejenis minuman yang diperbuat daripada kelapa muda;

8) Janda tidak berlaki – gadis yg telah dinodai orang dan kemudian ditinggalkan;

====================================================================================

Pantun tentang Janda

Tuan merendang buah pedada, Jatuh ke bawah menimpa kaki; Tuan bujang ambil janda, Macam kain sudah dipakai. (NEGATIF)

Pasang kelambu tepi jendela, Supaya senang pintu dikunci; Biar beribu dara dan janda, Saya memilih yang baik budi. (POSITIF)

====================================================================================

Janda dan Persepsi

Aku ni dah menJANDA 4 tahun …. kalau aku nak guna bahasa yang soft skit kadang2 aku bahasakan diri aku sebagai IBU TUNGGAL (sebab aku ada anak) atau orang putih cakap SINGLE MOM …gittewwww (orang putih plak kan)…tapi apa masalah nya dengan panggilan JANDA ni? Entah..i dont find any problem of perkataan JANDA …siap org komersilkan jadi KOPI JANDA lagi huhu (apsal Kopi Duda takdeeeee ?????)

Tapi PERSEPSI tetap ada pada golongan macam aku ni….4 tahun beb…macam-macam orang aku jumpa…baik lelaki mahupun perempuan…baik tua…baik muda…baik jahil…baik berilmu

Punya susah lah kalau setiap kali nak memperkenalkan diri kat jiran tetangga ke (especially kalau baru pindahkan) , nak datang kenduri jiran pun rasa serba salah…nak pi atau tak nak….nak masakkan bagi kat jiran pun fikir lah dua tiga kali juga…nak bagi ke taknak…last2 aku decide aku tak pi …and aku tak masakkan untuk jiran …yelah mana taknya….kang ada yang kata aku nak mandrem suami mereka plak…pastu mulalah mulut-mulut yang akan menokok tambah lah bila bersembang kalau pi kenduri…ishhh malaslah nak wujudkan suasana yang tak harmoni dalam hidup berjiran….aku buat hal aku…korang buat hal korang…cuma aku amek jugaklah no telefon kariah tempat aku tinggal …jika ada program …aku sumbang secara maya je lah…lagi senang kalau emergency….nak bersosial memang taklah

Pastu kalau dalam hal perhubungan, of course la aku pernah bercinta jugaklah dalam tempoh menJANDA ni…(and still menJANDA hahaha) …. senang macam ni…mostly yang aku jumpa bujang….aku kalau sebelum aku kawan aku memang declare status aku dan anak2 …mula2 kawan mmglah beria lah nak kahwin kan…tak kisah dengan status aku mungkin sebab JANDA macam aku ni mmg establish dah ada kerjaya…dan aku plak jenis tak berkira sangat dalam hal-hal duit ni…so satu attraction for them maybe sebab aku dah ada kerjaya lah kut kan….or maybe aku ni terlebih baik kut …tapi tulah bila nak ikat kepada komitmen pulak dah ….parents plak konservatif ….dah tu acaner ….ada plak lah yang mangkuk ayun yang cakap … i nak jadikan u isteri tapi sebagai isteri kedua bukan pertama just because nak jaga hati parents…what the F******* A***** ??? Abes selama ni ko kawan dengan aku sebab apa???? Adoiiii mcm2 manusia ni. Nak kata tak berilmu ….pandai plak sembang pasal hadith dan sunnah…..tapi pelaksanaan hampeh.

Some parents plak berpersepsi kalau kawen dengan janda yang dah ada anak ni nanti susah…sebab still ada ikatan dengan previous family….yang paling tak boleh blah….JANDA ni macam kain terpakai je ….takkan malam pertama ko dengan yang bukan DARA….hmmm makcik pakcik …. yang DARA tu belum tentu DARA makcik …yang JANDA ni dah memanglah sahih JANDAnya. Pastu makcik tau ke yang anak TERUNA makcik silap2 bukan TERUNA …Dalam Islam pun dh cakap psl menyantuni JANDA kan …besar pahalanya makcik …gittewww…sorrylah aku ni takdelah pandai bab agama tapi taulah skit2 buat bekal dan panduan. Tapi biasalah PERSEPSI masing-masing….aku tak salahkan depa pun kalau nak berPERSEPSI …masing-masing punya pandangan…suka hati koranglah.

Kadang-kadang kesian dengan golongan yang senasib macam aku ni…gelaran-gelaran seperti PENGGODA, PERAMPAS SUAMI ORANG, GEDIK, GATAL, GERSANG mesti dikaitkan dengan JANDA ni…bila dah kahwin plak ….ada plak mulut-mulut puaka dan batu api yang cakap…."takde anak dara ke…sampai nak kahwin dengan JANDA ni?"…hai mulut tu kalau diBISUkan pun takpe supaya kurang skit DOSA ko yang terkumpul sebab mengata. Kalau yang kebetulan berkahwin dengan suami orang walaupun dengan persetujuan isterinya….aku boleh jamin masyarakat tetap pandang buruk tu pada JANDA tu jugak…how unfair it is. Bukan kami nak sangat jadi JANDA pun.

====================================================================================

Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi saw. Bersabda, ”Orang yang menyantuni kaum janda dan orang-orang miskin adalah setara dengan orang yang berjihad di jalan Allah.” Aku mengira, Rasulullah saw. Juga bersabda, ”Dia juga seperti orang yang bertahajjud yang tidak merasa lelah dan seperti orang yang berpuasa yang tidak pernah berbuka.” (Muttafaq ’alaih)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: