Cabaran 30 Hari : Hari 9

5 Lelaki Yang Menarik Perhatian Saya

1) Haji Abdul Malik bin Hj Abdul Karim Amarullah (HAMKA)

Buya HAMKA

Buya HAMKA

Prof. Dr. HAMKA merupakan ulamak besar nusantara. Cukup dikenali oleh mereka yang sezaman dengan bonda dan nendaku. Antara karya beliau yang telah dibaca adalah seperti Tenggelamnya Kapal Van Der Wick, Di Bawah Lindungan Kaabah, Pandangan Hidup Muslim.

Karyanya cukup berseni dan bertunjangkan Kitabullah . Hadis diselitkan dalam setiap karya tidak pada setiap masa hanya pabila perlu sahaja sebagai penegasan.

2) Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin (DrMaza)

Dr Maza

Dr Maza

Ilmuwan agama di Malaysia yang cukup saya kagumi. Ketegasan dalam setiap kata2 beliau dan pandangan beliau membuatkan kita ingin mencari dan belajar dalam mendapatkan sesuatu kepastian untuk sesuatu permasalahan melibatkan hukum dan sunnah Rasullullahsaw. Perjalanan hidupnya saya kira cukup mencabar tatkala beliau melalui saat2 sukar dijatuhkan dan ditohmah. Namun saya percaya, Allahswt sentiasa bersama2 dengan orang yang benar. Beruntunglah Ghuraba’.

3) Dato’ Sri Hj. Syed Zainal Abidin Mohd Tahir

Syed Zainal Abidin Mohd Tahir

Syed Zainal Abidin Mohd Tahir

Lelaki hebat ini cukup menarik perhatian atas kredibilitinya mengemudi Proton, Perodua , Malaysian Truck and Builders dan lain2. Tak banyak yang saya boleh bicara perihal beliau kerana tidak bekerja secara langsung dengan beliau.Namun penampilan beliau sebagai korporat cukup menarik perhatian.

4) Sidi Oraza

Sidi Oraza

Sidi Oraza

Salah seorang pelakon yang dikagumi especially wataknya dalam drama Dominan. Seorang yang versatile dan cukup menarik perhatian saya.

5) Beto Kusyairi

Beto Kusyairi

Beto Kusyairi

Pelakon muda yang versatile dan baru meningkat naik. Saya meminati semua lakonan beliau disetiap filem dan drama. Setakat ini lakonan beliau tidak mengecewakan.

Mengagumi namun tidak dapat memiliki =)

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

%d bloggers like this: